Barah syirik orang Melayu

Karya Frank Swettenham merupakan antara rekod bertulis terawal yang menceritakan kehidupan orang Melayu Islam di Tanah Melayu.Tulisan ini juga secara tidak langsung menjadi rujukan laporan kolonial British ketika itu.
Melalui pemerhatian yang tajam, beliau banyak memberi komen berdasarkan kehidupan orang Melayu pada ketika itu yang adakalanya sinis sekali.Beliau juga merekodkan cara hidup beragama masyarakat Melayu yang sudah beberapa ratus tahun memeluk Islam.

komen pertama beliau terhadap orang Melayu ialah, mengapa mubaligh kristian mengalah dalam penyebaran agama kristian dalam kalangan orang Melayu.Alasannya ialah, orang Melayu percaya teguh kepada Allah dan rela disalib daripada bertukar pegangan agama selain Islam.Swettenham menambah, orang Melayu akan masuk syurga dengan agamanya.

Tambahnya juga, orang Melayu suka mengaji al-quran walaupun tak memhaminya, berpuasa dan sembahyang.Walaubagaimanapun, Swettenham mengatakan bahawa orang Melayu suka berjudi, membawa anak gadis lari, dan suka sekali berhibur.Sinis sekali bunyinya.

BARAH SYIRIK YANG SUDAH LAMA BERNANAH
Beliau juga menyifatkan walaupun orang Melayu pengikut Muhammad, namun mereka melakukan amalan khurafat, syirik, tahyul..sesuatu yang bertentangan!!Dengan mengakui semua ini adalah kesan daripada pengaruh agama Hindu, Swettenham tlh memberi maklumat kepada pembaca abad itu bahawa betapa lemahnya aqidah umat Melayu ini.
  1. Adat Berhantu
Swettenham menceritakan "adat berhantu".Ia merupakan acara memulihkan orang sakit.Sebagai contoh, apabila sultan gering dan semua tabib dan doktor sudah dipanggil tetapi tidak menunjukkan hasil, pawang akan dipanggil. Pawang ini akan memuja memanggil syaitan dan jin yang kononnya dapat mengubati sultan yang sedang gering.Lebih mengejutkan, Swettenham sedar bahawa perkara ini bertentangan dengan agama Islam, tetapi pembesar ketika itu berpegang dengan amalan hitam itu. Jelas disini menunjukkan perkara2 yang bertentangan dengan akidah ini seolah-olah dilindungi kuasa politik.

 Orang Melayu Suka Berjampi Serapah

Menurut Swettenham lagi, orang Melayu menggunakan jampi dan serapah untuk menghalau hantu daripada mengganggu manusia.Orang2 Melayu ketika itu akan menyeru nama2 jin dan syaitan untuk meminta pertolongan.Namun, diakhir jampi itu akan diselitkan nama Allah.Swettenham menambah, mana mungkin nama Allah disatukan dengan amalan tahyul atas tujuan menewaskan syaitan?..kritikan ini jelas membuktikan bahawa Swettenham memahami konsep dasar aqidah Islam berbanding umat Islam ketika itu.

Orang Melayu Bahwa Ada Orang Tertentu Boleh Membela Hantu

Beliau juga ada menceritakan bagaimana cara orang Melayu ketika itu mendapat atau menundukkan seekor hantu dan membelanya.  Perkara ini sudah semestinya bertentangan dengan Islam.

Orang Melayu Gunakan Khidmat Tukang Tilik apabila Terdapat barang hilang

Menjadi lumrah bagi orang Melayu dahulu mahupun sekarang apabila ada barang yang hilang, bomoh yang "pakar mencari barang hilang" akan dicari. Swettenham menulis, pegangan agama kuat tetapi, masyarakat melayu zaman itu sangat percaya dengan bomoh2 ini, upacara sebegini akan diselitkan dengan unsur2 keagamaan seperti membaca ayat al-quran yg bercampur dengan jampi serapah.
SUMBER: SOLUSI, ISU 25 hasil tulisan Mohd al-Adib Samuri.

lihatlah, betapa sedihnya perilaku masyarakat Melayu ketika itu.Jika hendak dibandingkan dengan zaman yang serba moden ini, sama sahaja bagi pandangan ana.Kita masih lagi percaya dengan kuasa jin, syaitan dan seangkatan dengannya.Hantu raya, lagsuir dan bnyk lagi, masih terdapat dalam kamus hidup ORANG MELAYU sekarang.Dalam dunia media pula, terutama media penyiaran, semua stesen televisyen seakan-akan berlumba mahu menayangkan cerita-cerita yang bertentangan dengan aqidah ini.Sebagai umat Islam, kita wajib percaya perkara ghaib, tetapi perlu ada syaratnya.Sampai bila kita mesti mengamalkan perkara2 syirik, khurafat, tahyul seperti ini??

Ingatlah pesan Allah dalam al-quran yang maksudnya:

"Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu dalam permohonan dan sembahan". (surah al-baqarah 2:22)

Comments

Popular posts from this blog

yummy..yummy..yummy..another food story by a food lover (chocolate)

how bad is your breath??here are some tips^^