~bunga~
Bunga..
Pelbagai warna
Bunga..
Aneka bau dikeluarkan
Bunga..
Tanpa sang lebah
Mana mungkin pelbagai variasi bunga dapat mekar berkembang
Bunga..
Lombong rezeki bagi sang lebah
Bunga..
mendamaikan hati dan fikiran
Bunga..
lambang kecantikan seorang gadis
Bunga..
ingin disunting sang teruna
Bunga..
sebagai tanda persahabatan
Bunga..
Bunga..
sebagai tanda perpisahan
Bunga..
mampu mengukir senyuman manis
Bunga..
mampu mengendurkan muka berduka
Hebatnya ciptaan tuhan
sekecil-kecil tumbuhan
tetapi..
mempunyai kuasa yang cukup menakjubkan
Betapa kerdil dan hinanya diri ini
memikirkan di sebalik ciptaan-Nya
Bagaimana pula dengan bunga-bunga bangsaku?
Adakah mekar berkembang..
Adakah harum semerbak memenuhi segenap ruang..
Adakah menjadi buruan..
Adakah cukup bajanya..
Atau..
Adakah sudah layu sudah sebelum berkembang..
Adakah telah dicemari serangga perosak..
Adakah berkembang tetapi dipandang sepi..
Adakah tidak cukup penjagannya..
-Masih banyak yang perlu dilakukan wahai bunga-bunga bangsaku.
-Bangkitlah dari lena yang panjang..yang dilingkari mimpi2 indah namun pahit realitinya.
-Sudah banyak bunga yang gugur dengan sia-sia
-Kapan semua ini akan berakhir??
-Renungilah bunga-bunga bangsaku sekalian..




Comments
Post a Comment